Short Vacay to Karambunai, Tuaran Sabah

By Farhana Nazihah - January 03, 2021

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم




Hi guys! Salam tahun baru everyone! Alhamdulillah, tahun 2020 yang agak mencabar untuk kita semua telah pun melabuhkan tirainya. Tahun ni sangatlah menduga kita semua since negara dan dunia dilanda pandemik Covid-19 ni. Sukar untuk kita meneruskan kehidupan di kala segalanya mengubah hampir keseluruhan perkara dalam kehidupan kita. Ramai yang terjejas dengan penularan pandemik ini terutamanya pengusaha kecil dan mereka yang bekerja harian yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Kerajaan pula saban waktu harus memikirkan alternatif untuk memastikan rakyatnya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan kepada mereka. Syukur, kita dikurniakan pemimpin dan kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyatnya. Alhamdulillah!


So, back to title, dalam entry kali ni, aku nak share satu tempat yang kitorang pergi haritu. Tapi ni pun pergi dekat-dekat jela. Dekat pun okay, janji kita semua patuh SOP dan jaga kesihatan. Dalam negeri je tapi aku pun baru sampai tempat ni sebab lama sangat merantau dekat negeri orang. Huks! Tempat ni pun nasib baik dapat book! Sebab full guys. Memang ngam-ngam tinggal 3 rumah ni je. So untuk korang yang nak tengok lebih lanjut boleh CLICK SINI. Sebab aku punya excited tu sampai lupa ambil gambar. Lol



Alright, so kitorang pergi check-in satu malam dekat Borneo Beach Villa, Karambunai Tuaran, Sabah. Tempat ni memang best gila! Aku recommended untuk korang yang datang untuk family vacay ke, gathering kawan-kawan ke, honeymoon ke, or untuk korang yang ada anak kecik ke sebab tempat ni flexible. Korang boleh pilih nak duduk suites ke apartment ke atau nak book satu rumah (tak silap ada dua dan ada tiga bilik), and kitorang haritu book 3 buah rumah yang ada dua bilik. Paling best yang aku suka gila sebab view laut dan ada home-pool! Pool tu pula ada adult section dan ada children section. So memang family-friendly guys! Kitorang check-in dalam pukul 4 macamtu. Jadi sempatlah untuk tengok sunset! The best view kalau pergi laut atau pantai. Tenang sangat kan! Property ni dia ada few variety choice. So kalau korang duduk apartment (tak silap) pool dia lagi besar tapi share la, tak private. Hehe. Dekat sini free parking juga. Park je memana, as long tak ganggu laluan.




Ni adult section yang aku maksudkan


Rate harga

Rate harga dekat sini tak sama ya. Macam biasa la harga direct property dengan harga online berbeza. Tapi haritu sebab cuti kot jadi harga dia mahal sikit, cuma aku tak sure exact harga sebab cousin aku sponsor! Hehe. Yang aku tau, 3 buah rumah tu dalam RM 2000.00 macamtu. Ni harga direct property ya, so aku suggest korang book melalui agoda ke trivago ke sebab korang boleh jimat banyak! Plus korang boleh dapat shopback juga! Best kan? Untuk payment korang boleh bayar guna credit card, debit, cash even guna cheque pun boleh! Tapi kena refer balik dengan property takut tak available la pula kan.


So sampai-sampai budak-budak ni terus prepare nak mandi kolam. While the rest tinjau kawasan dan prepare apa yang patut. Dekat sini korang boleh turun ke pantai (tapi ni tak silap risiko kita sendiri) . Korang juga boleh bersiar-siar dengan naik basikal! Best kan? Yang tu pula charge asing tak termasuk harga property. Also, korang ada access main golf.  Tapi yang ni tak sure payment dia macamana. Boleh check it out kalau datang sini. Selesai maghrib, kitorang geng bbq start bakar arang dulu, kitorang ambil alih tugas bapa-bapa, bagi lelaki jaga budak-budak! Hehe. Imagine, bbq sambil hadap laut! Maka nikmat Tuhan-Mu yang mana lagi yang engkau dustakan. Subhanallah! 


Perkenalkan geng BBQ 😉







Jadi lepas bbq kitorang makan ramai-ramai and ada sedikit majlis baca yaasin untuk mereka yang sudah dahulu pergi menemui Allah juga untuk diri masing-masing supaya dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi dari segala bahaya dunia dan akhirat. Aamin ya rabbal alamin. Dalam pada kita suka ria, jangan lupa pada yang tiada. 💖


Lepas baca yaasin semua tu, kitorang start aktiviti dengan budak-budak which is aktiviti tukar hadiah. A week before check-in, kitorang diarahkan untuk cari hadiah untuk aktiviti ni. Tapi sebab aku pergi kerja tak bawa kereta dan aku seorang wanita yang tak berani untuk naik grab dan seangkatan dengannya, jadi aku lambat beli hadiah. Hari kejadian baru singgah kedai. Last minutes punya hadiah, better than nothing la kan. Hehe! Harap yang dapat exchange hadiah dari aku, seronoklah hendaknya. Oh ya, before terlupa, dekat sini juga ada free access wifi.


So, dekat sana aku duduk satu rumah dengan family cousin aku. Jadi aku dapat bilik yang bukan master room lah of course. Tapi bilik tu still nice, ada 2 single bed, ada wardrobe, ada meja solek dan keperluan lain. Bagi aku memang nice gila! Tandas bukan dalam bilik, tapi depan bilik. Tandas pun classss kauuu nyahhh! Master room menghadap laut, bilik aku menghadap jalan raya je. Haha. Tapi nice weh, untuk yang datang nak release tention memang aku suggest kat korang duduk sini semalam dua ke. Sebab bunyi ombak tu walaupun bising tapi sangat menenangkan (bagi aku lah sebagai seorang pencinta laut) Tapi taknak dengar bunyi ombak tutup jela pintu tingkap. Dengar sayup-sayup je dan tidurlah anda sampai pagi dengan tenang. Hehe.


Master bedroom sea-view!



Dapur



Living room and dining

So borak punya borak, jam pun dah menunjukkan hampir 11.30 malam. Aku minta izin masuk bilik. Aku ni sejak migrain rajin singgah aku lah manusia yang agak mementingkan waktu tidur. Tidur kena cukup! Tu nasihat doktor. Sebab masa study dulu biasa tidur 1-2, bangun pukul 6 (waktu subuh semenanjung lambat sikit boleh la bangun pukul 6, kalau dekat Sabah dah kena bebel berbakul-bakul). Itupun migrain rajin singgah tambahan pula aku bukan manusia yang tidur siang. Jadi that's why aku mementingkan quality sleep dan tidur yang cukup pada waktu malam untuk aku memulakan hari dengan penuh bertenaga keesokan harinya. Aaaaagithewwww! Jadi tidur yang cukup bagi aku adalah 6-7 jam. Kalau bendera jepun datang 8-9 jam should be okay. Hahaha. Karang lebih sangat tak elok pula.

Tidur aku malam tu agak lena juga la. Sampai lewat bangun!


Gambar credit dekat SINI

Alhamdulillah, cuaca dari sampai dekat situ till check out elok je. Tak panas tak hujan, suam-suam dan sangat sesuai untuk percutian bagi aku. Oh ya, before terlupa, makanan dekat situ tak disediakan ya. Semuanya sendirian berhad. Dorang cuma sediakan peralatan biasa la dekat dapur, kuali dan pinggan mangkuk semua. Just make sure semuanya cukup macam asal bila korang check out nanti. Tapi tak silap aku, dorang ni ada grocery shop juga, ada currency exchange (ni baca dekat website sebelum datang) and tak silap aku juga ada restaurant dekat sini.


Jadi sambung cerita, kitorang buat bbq untuk dinner dan masak untuk sarapan. Pastu makan dekat ruang santai menghadap laut fuh rasa macam bercuti dekat luar negara pula rasanya. Haha. 


Ruang santai sea-view yang aku maksudkan

So, habis makan budak-budak sambung terjun kolam lagi. Pastu kitorang siap-siap kemas semua dan ambil gambar kenangan. Waktu check-out masa tu sharp 11 pagi. Tak sure la waktu lain sebab minggu tu semua full, yela cuti Kristmas dengan orang nak sambut tahun baru pula, jadi kena keluar awal sebab tengahari ada guest lain pula nak masuk. In shaa Allah ada rezeki dan masa terluang nak bawa family lain pula dekat situ. Doakan okay!














Cousin & Daughter

Jadi tamatlah kisah percutian kami di Borneo Beach Villa, Karambunai Tuaran, Sabah ni. Saja nak berkongsi pengalaman. Sehari semalam yang berbaloi la bagi aku sebab view dia cantik! Rata-rata guest yang pernah check in dekat sini pun bagi review yang best. Jadi untuk yang dekat Sabah atau dekat Semenanjung yang nak bercuti bolehlah ke sini untuk menenangkan fikiran dan badan setelah penat bekerja. Tapi jangan keluar sorang pula waktu malam sebab jalan nak masuk ke sini, agak gelap dan sunyi. So careful okay. Nak keluar, bawa geng tau! 


Sekian. Bye!


Just pesanan penaja, untuk waktu sekarang, jaga kesihatan also jaga kebersihan diri dan sekeliling ya! Sentiasa monitor keadaan diri kita. Pandemik sekarang ni kita tak boleh ambil ringan. Jangan risikokan orang lain. As kerajaan dah benarkan sektor pelancongan dalam negara untuk beroperasi, so now kita sebagai rakyat adalah frontliner! Make sure kita jaga kita. Jangan penting diri okay! Kita tolong rancakkan ekonomi negara tapi patuh SOP juga okay!



Ni video yang sempat dirakam dan diedit oleh cousin aku. Happy watching! :)



Till meet again di entry lain. Banyak yang aku nak share since nak tulis banyak benda dekat blog ni. Rasanya dekat 7 tahun tak aktif blogging ni. Agak awkward juga tapi it's okay. Support me as blogger picisan yang baru ingin kembali mewarnai hidup anda ya! Moga Allah lindungi kita semua.


Bye! assalamualaikum!


Note : Gambar credit dekat website juga 😉 (agoda, trivago, property)

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Dah baca, komenlah dekat sini okay ♥

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Saya! ♥