Hi assalamualaikum! ♥
I'm back! After few years. Hope you guys sihat-sihat sahaja di mana pun berada. Tahun ni saja dunia betul-betul berubah 360 darjah! Siapa sangka yang kita laungkan wawasan 2020 dari 20 tahun lepas dengan harapan dan bayangan dunia akan maju rupanya Tuhan datangkan ujian untuk kita semua. Pernah bayangkan kereta terbang tak masa wawasan 2020? Haaaaaa, ini lah yang kita kena faham bahawa,
"Manusia merancang dengan cita tapi Tuhan merancang dengan cinta. Sehebat manapun perancangan manusia, tidak akan dapat menandingi perancangan dan kuasa Allah"
So actually past few years ni berlaku banyak sangat perkara to me. It really change my life and of course it took some time untuk recover. I need time untuk rebuild myself. Omputih kata better late than never kan! ♥ Segala episod yang berlaku dalam beberapa tahun ni memang sangat mencabar. Jatuh tersungkur, gagal dalam perhubungan, dikhianati and many more. Sakit rasanya menghadapi semua benda tu tapi syukur Allah hadirkan mereka yang baik di sekeliling ku. ♥ Kehadiran mereka dapat bantu topup segala kekuatan untuk bangun balik. Nikmat yang tidak terlihat dengan mata kasar tapi dapat dirasa dengan mata hati yang ikhlas. Nikmat silaturrahim yang tidak semua orang dapat merasainya. Alhamdulillah.
Justeru, I decided to start over blogging and keep my feed alive. Acenggituuuhhh! Lama sangat dah tak menulis ni, rindu pula! :p There is a lot yang I want to share with you guys. So see you in next entry!
0 Comments
Dah baca, komenlah dekat sini okay ♥