بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalamualaikum semua. Jadi dalam entry kali ni aku nak share sedikit throwback pasal aktiviti wajib kami sekelas di Petaling Jaya, Selangor. Okay, meh aku terangkan kenapa aku cakap wajib. Bagi setiap pelajar di KUIS, kami diwajibkan untuk menyertai sebuah program wajib under subjek Khidmat Ummah pada akhir tahun pengajian (tapi ada juga yang tengah semester buat program ni). Program ni diwujudkan untuk memupuk semangat bantu-membantu dan sifat bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan sebuah program. Program ini tidak semestinya berbentuk keagamaan sahaja, boleh juga buat program berbentuk kemanusiaan ke atau apa-apa program yang difikirkan wajar untuk diluluskan oleh pihak atasan KUIS. Selain tu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap pelajar di KUIS untuk berinteraksi dengan masyarakat luar dan alam sekitar. Dekat institusi lain pun ada aktiviti macamni, cuma tak sure nama program. Program ni selain bertujuan untuk menabur bakti kepada masyarakat luar, ianya juga adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama rakan sekelas. Tapi ada je yang team yang mix dengan kelas lain. So itu adalah advantage juga! Boleh kenal dan bekerjasama dengan student lain juga. Yelah duduk dalam kolej yang sama, tak semestinya kenal semua orang kan.
Okay, jadi cerita kami ini tidaklah seindah kisah persahabatan yang lain. Tapi, aku amat bersyukur dihadirkan insan yang baik-baik sepanjang 4 tahun study jauh ni. Insan yang tak mungkin aku temukan selain mereka. Sejujurnya masa kami mula-mula merancang program ini, ada beberapa perselisihan pendapat antara kami. Memang sukar mencari kata sepakat bila melibatkan sebuah program yang bagi aku agak besar dan melibatkan ramai kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan program tu. Tapi alhamdulillah, bila kita duduk berbincang akhirnya kata sepakat dapat dicapai. At first, ada beberapa cadangan program yang kami rancang nak buat. Tapi setelah berbincang dan melakukan musyawarah dengan semua, kami bersetuju untuk keluar dari comfort zone sebagai seorang pelajar KUIS. Biasanya kalau orang luar tau pelajar KUIS datang nak buat program, mind set dorang mesti nak buat ceramah la, aktiviti mengaji la, program ilmu la. Kan?
Jadi, kami ambil keputusan untuk buat satu program yang mungkin ada yang buat tapi jarang. Program yang dekat di hati masyarakat selain kami nak mempromosikan KUIS kepada orang luar. Kami nak berkongsi input rohani dan jasmani yang kami dapat sepanjang bergelar penuntut di bumi KUIS, iaitu Program Hari Bersama Asnaf & Komuniti yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Kami mengambil masa dalam 3 bulan untuk merancang persediaan program ni.
Program yang kami rancang ni bertujuan untuk kami mendekati masyarakat luar untuk membantu apa yang boleh kami bantu. Sepertimana yang kita sedia maklum, walaupun Petaling Jaya merupakan bandar yang agak maju tapi peratusan masyarakat yang duduk di bandar yang mana majoritinya adalah miskin bandar. Ini kerana kos hidup yang semakin meningkat dan juga tanggungan yang makin banyak. Sekarang ni gaji RM 2000 pun tak relevan kalau duduk bandar.
![]() |
Ni team media & cenderahati |
![]() |
Ni pula team aktiviti |
![]() |
Ha yang ni muka protocol program |
![]() |
Yang ni team MT program |
![]() |
Yang ni team makanan & pengangkutan |
Okay. Jadi aku nak cerita pula apa yang berlaku sepanjang 3 bulan kami prepare untuk program ni. Sesungguhnya handle sebuah program bukanlah perkara yang mudah. Tapi untuk adik-adik yang masih belajar dan ada peluang untuk handle program, joinlah mana-mana program. Tak kisah jadi ajk apapun. Sebab bila dah habis study nanti pengalaman yang penat dan pahit itu akan menjadi manis untuk awak kenang nanti. Jangan sia-siakan masa dan peluang awak semua jadi pelajar. Sebab peluang dan pengalaman tu awak takkan dapat dekat luar.
So, antara preparation kami yang paling sukar adalah untuk kumpul dana. Kalau korang pernah run program dan handle bahagian unit dana, korang akan tahu betapa susah dan taknaknya korang jadi unit tu. Tapi untuk program kami ni, kami semua berperanan untuk dapatkan dana program. So, no excuses. Kitorang berniaga untuk dapatkan dana. Journey jual makanan memang sampai sekarang aku tak lupa. Tidur lambat, assignment postpone, thesis pun. Tapi kepahitan tu hilang bila jualan kami habis. Satu perasaan yang sukar digambarkan even hanya jualan habis terjual. Memang tak dapat banyak tapi alhamdulillah dapat bantu backup. Sebulan sebelum hari kejadian, kitorang semua dah start risau sebab dana masih tak cukup. Duk push sana sini cari dana. Ya allah susahnya tu Allah je tahu!
Selepas berhempas pulas membuat preparation untuk program ni, maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Iaitu hari kami melakukan site visit ke tempat tersebut sehari sebelum program tersebut berjalan. Kami menyewa homestay berdekatan dengan Dewan Masyarakat di sana di mana program itu kami lakukan di sana supaya memudahkan kami berulang alik untuk bersiap, solat dan tidur.
![]() |
Ni baru nak naik van |
![]() |
Dalam van |
![]() |
Yeayyy! Sampai homestay! |
![]() |
Balutan hadiah last minutes penuh kasih sayang by me |
![]() |
Prepare Kit Bantuan untuk asnaf |
![]() |
Rehearsal Senamrobik |
![]() |
Almost done settle preparation 2.30am |
![]() |
Alhamdulillah settle |
Jadi, tentatif program kami first adalah edarkan sarapan kepada tetamu yang hadir. Then sebelum acara lain dimulakan, program start dengan senamrobik yang diketuai oleh Team Aktiviti Lelaki. Video senamrobik nanti aku letak dekat bawah okay. Like & subscribe tau! Okay gurau.
![]() |
I handle pendaftaran |
![]() |
Team yang lead senamrobik |
![]() |
VIP yang datang untuk join aktiviti senamrobik kami |
![]() |
Join sekaki! Hehe |
Selesai aktiviti senamrobik, program diteruskan lagi dengan aktiviti indoor & outdoor. Untuk budak-budak, ada aktiviti mewarna, ada juga aktiviti rebut kerusi. Yang rebut kerusi ni memang meriah sebab budak-budak semua excited sokong dari tepi. Ada juga pertandingan futsal kain pelikat. Yang ni happening gila, sebab futsal ni macam raja segala sukan instead bola sepak kan? Selain tu, kami juga ada buat jualan amal pakaian terpakai tapi semua still look new tau! Kami jual sehelai Rm 1 je. Pakaian terpakai tu semua kami dapatkan dari sumbangan orang ramai. Yang aku terkesan tu, ada asnaf yang datang beli dan dorang shopping macam shopping dekat mall tau. Paling aku ingat ayat sorang mak tu dia cakap dengan anak dia "ha pilih la untuk baju raya kita tahun ni". Bagi aku memang perasaan syukur mereka tu yang mahal. Biar miskin harta, jangan miskin jiwa. Jangan kaya harta dunia tapi miskin rasa syukur kepada Tuhan.
![]() |
Ni aktiviti beyblade |
![]() |
Ni aktiviti mewarna |
![]() |
Sebelum perasmi tiba |
![]() |
Gimik penyerahan kit bantuan |
![]() |
Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program |
![]() |
Team |